Terapi exam

   Mmmm…penat..tepu..tak leh masuk ap yg baca…

  inilah symptoms study pulun bila  nak exam..bukan stress tapi berusaha lebih and sedaya upaya..

  bila macam ni…terasa kena stop jap..relax kan minda..

   terfikirlah nak buat apa..so i open my inbox emel…buka facebook..ish2..tak elok2 juga..

   nak dgr lagu kot…dgarla kejap..my favourite song…A shoulder to cry on..,,,,mmm…tak cure juga..

   akhirnya…The Best therapy For All…. baru teringat..

   pergila ambik wudhu….and buka my favourite “book’..

    YES!!!! I got it!!!

    ” dan setiap yg bernyawa  tidak akan mati kecuali dgn izin Allah , sebagai ketetapan yg telah ditentukan        

      waktunya. Barangsiapa mengkehendaki pahala dunia, nescaya kami akan  berikannya 

pahala (dunia) itu, dan barangsiapa mengkehendaki pahala akhirat,

Kami berikannya pula pahala (akhirat) itu,

dan Kami akan beri balasan kpd org org yg bersyukur.”

“Dan betapa banyak Nabi yg berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yg bertaqwa

Mereka tidak pernah lemah krn bencana yg menimpanya di jalan Allah,

tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh).

Dan Allah mencintai org2 yg sabar”

(Al – Imran : 145-146)

tersentak seketika….hati yg lemah ini tetiba ditiup semangat yg tinggi…

hati yg runsing ini tetiba dihembus ketenangan  abadi…

hati yg berbolak balik ini tetiba didatangi keyakinan pasti..

Ya Allah …sesungguhnya kata2 mu tak pernah palsu..

Ya Allah..sesungguhnya surat cintamu ini tak pernah menipu..

Ya Allah..sesungguhnya janjimu tak pernak mungkir…

Aku yakin padaMu Ya Allah…

Sesungguhnya Kau mencintai org yg bersabar

Dan Kau pasti bersam2 org yg bersabar..

Dan Kau pasti memberi kejayaan kepada org yg bersabar..

Betapa indahnya kata2 Allah..sesungguhnya Al Quran lah yg menjadi terapi kpd setiap permasalahan..

daripada ayat di atas..saya sedar bahawa…etiap yg berlaku hanya akan berlaku dgn izin Allah..setiap kejayaan dan kegagalan 

hanya akan berlakuu jika Allah menginginkannya..dan setiap berlaku ada hikamah di sebaliknya..

kita sebagai hamba perlulah berusaha sedayanya…dan yakin bahawa Allah itu MAha Adil dan Bikajsana..walau sekecil manapun

amalan dan usaha kita akan dipandang Allah..Rabbul izzati..

jika kita lihat  para  nabi dan sahabat2 yg  berperang menegakkan Islam..

mereka penuh semngat dan motivated sebgaimna difirmankan Allah dalam ayat di atas…

dan pasti penghujungnya kejayaan menanti..

jadi….kita betul2 tanamkan niat yg kita belajar dan berusaha dlm exam ni..untuk Islam..

Untuk agama Allah..bukan untuk mendapat nama..

kita mohon dikurniakan kejayaan adalah untuk umat Islam 

untuk mengembalikan martabat Islam…

untuk membuktikan ummat Islam kuat,cemerlang,gemilang dan terbilang!!

ALLAHU AKBAR!!

seseungguhnya kalu stress,,terapi yg terbaik adlah zikrullah…mengingati Allah..

-wallahualam-

taman syurga telaga neraka

Dari semalam lg, tak boleh tido.yela pg ni kena conduct jenazah course dgn ahli ahli study circle.mmm…boleh ke aku nak terangkan dan sampaikan kat diorg ni pasal mcm mana nak kafan, and mandikan jenazah ni…ish, walaupun dah byk kali pergi kursus jenazah..xingat2 juga

mm..pernah saya terfikir…malasnya nk pegi..baik pegi kursus jenazah yg kat KOS tu.dapat sijil lg..kenapala  program ni pun buat hari yg sama.dah la xingat sgt cara2 tu.nak kena ajar org lain pulak tu.macam mana la..ish ish..

bisik hati nurani saya…”xpela..last week dah pergi kursus jenazah dgn ustazah yg sama..lgipun, apala yg ada sangat pada sijil.walaupun diaprovekan oleh JAIP..tapi kalu tak leh practise, buat ap juga…n bila ada kematian,tak tahu nak buat ap.ingat2 lupa… ”

“idura, bila lg nak ajarkan pd org lain..ILMU YG TIDAK  DIAMALKAN BAGAIKAN POHON TIDAK BERBUAH..ingat tu..dan ILMU YG BERMANFAAT JIKA DIAJAR PADA ORANG LAIN DAN DILAKUKAN OLEH ORG ITU,BOLEH JADI BEKALAN DI AKHIRAT KELAK. ingat tu…ini bukan beban idura..ini peluang..dan peluang ini bukan senang nak dapat.segalanya Allah telah tentukan…” hati saya berbisik lagi.Alhamdulillah..Allah berikan peluang untuk saya betulkan niat sebelum pergi jenazah course tu.

Ingin saya berkongsi dgn sahabat2 semua…

MATI..adalah perkara yg semua org akan alami..dan kita telah alami nya sekarang..bila? waktu kita tidur..dan ramai org lupa pada hakikat kematian. Kerana apa??kerana kematian itu adalah suatu yg menakutkan bg kita.Kenapa takut??ye..kerana kita sedar bahawa amalan kita tak cukup lagi.and tak sure mungkin amalan kita diterima  atau hanya sia2..dan mungkin amalan2 kita terlindung dan terpadam dek dosa2 yg dilakukan..

Hati saya tersentak dan gerun bila membaca kata2 allah pada hambanya yg sentiasa lupa ini …

Allah memegang nyawa(seseorang) pada saat kematiannya
dan nyawa (seseorang)yang belum mati ketika dia tidur,
maka Dia tahan nyawa (orang)
yang telah Dia tetapkan kematiannya dan
Dia lepaskan nyawa yg lain sampai
waktu yang ditentukan.Sungguh pada yg demikian itu
terdapat tanda2  (kebesaran ) Allah    bagi kaum yg berfikir.
[Az-zumar : 42]

cuba bayangkan..apabila kita tidur..dgn lenanya…penat sangat hari tu..sampai tidur pun tak baca doa,tak mengucap.. tak tahu apa terjadi di sekeliling..lenanya..dan lepas tu kita bangun..kalau bangun nampak kipas berpusing, tingkap terbuka,berada di atas katil.,, alhamdulillah..Allah lepaskan nyawa kita..tapi apa kata kalu Allah menahan nyawa kita.dan bila terbangun,nampak kegelapan…kita keseorangan..di dalam ‘bilik” yg sempit..badan kita berbungkus..kita di tempat asing..di tepi2 ada ular..di atas badan ada ulat merayap…nauzubillah Ya allah…

pada masa tu lah..kita tyerbayang ap akan terjadi..memohon dan merayu..meratap dan merintih..meminta dan berharap agar di kembalikan ke dunia semula..kerana apa???ingin menebus segala dosa yg dilakukan..dan kita berjanji..kalu dikembalikan ke dunia..kita akan beramal banyak2..meninggalkan segala maksiat dan larangan allah..Tapi…berbaloikah semua itu?????adakah rintihan,rayuan dan permintaan kita yg tulus itu di perkenankan allah??TIDAKKK!!! wahai sahabatku sekalian….

INGATLAH!! Allah telah membawa kita merasai dan menjalani alam2 yg berbeza..alam rahim…alam dunia…alam barzakh..alam mahsyar..dan alam akhirat…dan di antara kelima2 alam itu..alam manakah yg akan memberi peluang kepada kita untuk menuju ke tempat bertemu Allah dalam keadaan baik dan penuh rahmat?? hanya SATU sahabatku…di dunia…inilah tampat untuk kita menentukan bagaimana perjalanan kita seterusnya..adakah akhirnya kita ke taman2 syurga..ataupun..perjalanan kita penuh seksa, derita dan pengakhiran kita adalah ke dalam telaga neraka??

renungkanlah sahabatku….kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup ini…amalan semata2 tidak menjamin terpilihnya kaki ini melangkah ke dalam syurga..hanya rahmat Allah yg menentukan segalanya…bercinta lah dengan Allah..berbaik2lah dgn Quran Nya..berindu rindulah dgn RasulNya…Insyaalllah syafaatnya menjadi pembantu kita kelak..AMIn…

Wallahualam

I’m right or wrong….

 

Tut..tut..tut..’ New message’. “Salam ja.nak ikut tak kita pergi mega.bleh jumpa dgan adik2..” begitulah bunyi mesej tu.lebih kurang la.dah delete dah mesej tu.huhhuu..

so, apalagi, bila lagi nak jumpa adik2  usrah sekolah …nak tautkan lg ukhwah yg terbina lebih kurang setahun ni..and at the same time, nak tahu la juga macam mana diorang kat luar sebenarnya.yela, kat sekolah semuanya nampak sama kalu tak kenal dgn betul..

hari sebelumya, ada seorg adik ni, HAI (bukan nama sebenar) mengajak saya untuk kuar dgn diorg..ahad ni bday dia. so hari sabtu nk nkuar la pg mega. ingat lagi kata2 dia. “Akak, nanti jumpa saya, akak mesti terkejut tak sangka”..saya tanya la, terkejut ap? dia hanya senyum dan cakap,” nanti jumpa saya baru akak tahu. ”

Mm..terfikir la sejenak dgn kata2 dia tu. Sebelumm ni dah ada sahabat yg rapat jg dgn saya dan dia ,bgth pasal

adik ni,pasal masalah dia, mcm mana dia kat luar..so saya hanya expect itula..tak payah la cakap ap ek. boleh pikir sendiri remaja sekarg ni mcm mana.lagi2 penampilan.so saya hanya fikir, mungkin dia tak bertudung la..tak menitik beratkan pasal aurat.

lebih kurang setengah jam juga tunggu adik2 ni kat mega..tgh2 tunggu tu, sempat lagi pilih2 baju..TETIBA..bahu dicuit, “kak ja!” tercari2 sape yg cuit. suara dah cam.tapi tuannya tak ade..confuse..pastu ada nampak kelibat mcm kenal, tapi betulkah orgnya..macam laki je..rupa2 nya betul la..

mmm.saya tercengang…dia dtg menghampiri..kaki sama2 melangkah ke arah satu sama lain..(chewah mcm dlm cite hindi pulak)..so senyum and salam..tapii dalam senyuman tu ada juga rasa sedih, marah, terkejut..tapi marah tu tak adala sampai increase temperature sampai kuar asap…alhamdulillah..Sabar masih dapat kawal marah tu..

Muka adik tu dah berpeluh2…perkataan pertama kuar mulut dia, “akak saya minta maaf,inilah saya” saya hanya tersenyum.=) menunggu untuk mendengar kata2 dia seterusnya..”akak saya takut nak jumpa akak. takut akak marah. akak marah ke?” dgn hampir menitiskan airmata tapi masih lagi boleh tersenyum…bertanya padanya kenapa mcm ni..terlintas di fikiran saya ni byak kekurangan dan gagal mendidik adik tu.

dan bertanya lagi,  “adik takut kat akak je?adik tak takut kat Allah?” alhamdulillah, lega bila dgr dia cakap “Takut, kak.”saya reply, “tapi kenapa pakai macam ni?” katanya, allasannya untuk protect kawan2 dia, untuk protect mak dia dan family..adik ni dah kehilangan ayahnya.jadi dia rasa bertanggungjawab untuk protect family dia.

saya bertanya,”adik lelaki ke perempuan?”

“perempuan, ” jawabnya.

“tak salah adik nak jadi perempuan yg “kasar”.tak salah kalu adik nak tunjuk pada orang yg adik ni bukan perempuan lemah.memang elok.niat adik memang baik.tapi kita sebagai perempuan, kena tunaikan hak diri kita..adik tahu,kan?”

“ye, kak.tahu”

“walaupun adik nak jadi mcm laki sekalipun, adik tetap perempuan. adik kena pakai tudung..tutup aurat” straight to the point. sebab saya tahu yg adik ni tak boleh cakap berkias.

“saya tahu, kak.saya janji ni kali terakhir saya pakai macam ni.saya janji akak.”

“akak belikan adik tudung sebagai hadiah hari jadi.”  Dia setuju =)

so pendekkan cerita, kami iaitu saya, dan 2 lg kawan jalan2 dgn dia dan kawan2nya.kawan2nya ni tak join usrah la.kawan baru, dari kelas yg baru.

kitorang cakap kat adik2 tu, kitorg ikut je dia nak pegi mana. sebab nak tahu, ap aktiviti diorg kalu kuar. saya

sempat bagitahu dia..saya bukan marah cuma sayang dia..xnak dia terus macm ni..and saya terharu sebab dia tunjukkan diri dia sebenar..bukannya hipokrit. bila jumpa saya je pakai tudung, tapi di belakang lain..”itu PLASTIK namanya” katanya. tapi saya tetap nak dia berubah.

 

MM..diorg ajak pergi karok kat dalam “karoke box” tu, yg bayar RM1 untuk satu lagu..saya dah cuak.tak pernah masuk.tak suka.fikir banyak2 kali juga la..tapi kawan saya cakap, xpe kita ikut diorg dulu.so masuklah, for the first time in my life.and i think that was the LAST.. terlintas BETUL KE AP A AKU BUAT NI??

so pilih2 la lagu..huhu..kelakar pilih lagu hindustan.so xde org yg nak nyanyi..fuh lega..and lagu kedua, pilih lagu “MENANTI DI BARZAKH”..adik tu nyanyi..saya bisik kat dia, hayati lagu ni..n nampakla kolam airmata bertakung di matanya.tapi tak melimpah lagi la. mm..

pendekkan cerita, kami pergi makan2..and adik2 usrah lain baru sampai.makan sama2.lepas makan, adik ni dgn kawan2 dia nak pergi tengok wayang cerita “KHURAFAT”. owh! dapat tahu la sekarang ap aktiviti diorg buat kalu kuar. before tu, kawan saya suruh adik2 ni pergi solat zhor dulu. diorg solat..

lepas makan2..HAI n kawan2nya pergi tgk wayang..tapi kawan lamanya,iaitu yg satu usrah dgnnya tak pergi.diorang nak pegi ke ECM.so sambil nak balik kami hantar.

on da way gerak, selepas lebih kurang 20 minit HAI masuk wayang, dia mesej.tanya akak2 kat mana..dia kuar dari wayang tu n jalan kaki dari Mega ke ECM. meninggalkan kawan2 nya yg tengah syok tgk cerita.masa tu kitorg dah sampai dekat ECM la.

terkejut and terharu..katanya, dia nak jumpa dgn akak2…berpeluh2 dia..

selepas bersalam salaman, dia kata, “akak jgn la pergi lagi.nak akak”

saya pujuk dia, xpe nanti kita akan jumpa lagi insyaallah..Adik ikutla kawan2 tu.

jadi dia ikut kawan satu usrah dia tu…sempat lagi kitorg bergambar.huhu.macam la tak leh jumpa.

on da way balik campus, dapat mesej,”akak, nanti kita kuar lagi ek. nanti akak akan jumpa saya yg lain”

Saya harap sangat adik ini berubah. Agar Allah membuka pintu hatinya.. ap terjadi padanya, ada sebab di sebalik itu. untuk mengubahnya, kita perlu tahu ap penyebabnya.dan salah satu penyebabnya adalah kurang kasih sayang…kurang perhatian…

berharap agar Allah sentiasa bg petunjuk kepadanya dan kepada saya juga untuk membimbingnya.Insyaallah..Amin

-wallahualam-

 

 

 

3 Golongan…

 

 

Suatu malam,Thariq bin Syihab menginap di rumah Salman untuk mengetahui bagaimana ibadah salat malam Salman. Salman melaksanakan solat tahajjud pada akhir malam. setelah selesai solat, Thariq bertanya kepada Salman, mengapa kamu akan bangun dan mengejakan solat tahajjud di akhir malam? Salman menjawab..

“sesungguhnya setelah melaksanakan solat Isyak, orang2 terbahagi kepada tiga golongan. di antara mereka ada yang rugi, ada yang untung dan ada yang tidak rugi dan tidak untung. Orang yang menebus kegelapan malam di saat org lain tidur dgn nyenyak lalu mengenderai kudanya menuju ke tempat maksiat, itulah org yg RUGI..

adapun org yg menebus malamnya di saat org lain terlena dengan melakukan salat, mereka itulah org yg UNTUNG…

sedangkan org yg solat Isyak kemudian tidur sampai datang waktu subuh adalah org yg tidak untung dan tidak rugi. Hindari menunaikan solat malam tergesa gesa dan hendaknya kamu bertekad untuk melaksanaknnya dan membiasakan solat malam”..

Pensil…

 

Tahun 2010 akan tinggalkan kita beberapa jam sahaja lagi. dan tahun 2011 akan menggantikannya…dan kita tak mungkin  bertemu tahun 2010 lagi…begitulah lumrah masa…ia akan pergi tapi tak kembali lagi…dan apabila ia pergi…ia semakin menjauh dari kita…

Pesanan Imam Ghazali…Suatu hari Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya..’apakah perkara yg paling dekat dengan kita?’dan pelbagai jawapan diberi…dan Imam Ghazali menjawab ;”pekara paling dekat dgn kita adalah mati”

Beliau bertanya lagi..”apakah perkara paling jauh dengan kita?” Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”.

Masa adalah harta kita yg berharga…perlu dijaga dan digunakan dgn baik..kerana…Allah swt telah bersumpah dgn masa…Demi masa! sesungguhnya manusia dalam kerugian.kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh.dan yg berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 kepada kesabaran.

setiap tahun masa berlalu…usia kita bertambah…kehidupan usia itu adalah seperti pensel… semakin diasah…semakin menyosot…semakin bertambah usia..semakin kita tua…semakin dekat dgn kematian..

hidup ini bagaikan pensel…kualitinya bukan dilihat kepada corak luaran sahaja.tapi dilihat pada kualiti karbonnya..begitulah manusia..bukan dilihat dari luaran..tapi dinilai dari hati yg bersih…iman dan taqwanya..

hidup ini bagaikan pensel…jika tersalah menulis…bisa di padam dengan pemadam yg ada di hujung pensel itu..begitulah manusia…jika membuat kesilapan…bisa dibaiki dgn kebaikan dan keampunan daripada  Allah swt…

hidup ini bagaikan pensel…jika tumpul…bisa diasah…begitulah manusia…jika ada kelemahan…bisa diatasi dgn mengasah potensi diri…jika kekurangan ilmu…perlulah mencari ilmu…

hidup ini bagaikan pensel…lama kelamaan tidak dapat digunakn lagi…namun…kehidupan manusia biarlah…semakin lama hidup…semakin berguna kepada agama dan ummat sekelilingnya….

The most extraordinary garden

Ingin sekali membawa anda semua berfikir sejenak…when someone ask you,”what is the most extraordinary garden that you have?” ap yg anda fikir??

Hujung minggu yg lalu saya terpanggil untuk membawa hati ini ke satu kursus bertempat di sebuah pantai yg indah…kursus ap?kursus kawen..huhu..biarla rahsia…memang susah untuk menghadirkan hati di dalam program yg tidak serasi dgn jiwa…tp demi amanah dan tanggungjawab yg akan saya pikul, saya gagahkan hati untuk berada di sana…berusaha untuk mengikhlaskan diri sebanyak mungkin.

Berbalik kepada soalan tadi..about the GARDEN….semua org di tanya di dalam dewan tersebut…dan kebanyakan ada 3 jawapan yang mostly  peserta kursus itu jawab..cuba teka ap…

1- no idea about that

2- heart

3- brain

regarding the answers above, which one yg betul anda rasa?  pada masa tu, saya fikir jawapan no 2 yg dinantikan oleh penceramah tersebut..tp malangnya…anggapan saya salah….jawapannya adalah brain…adakah anda setuju dgn jawapan itu??

mm…the most extraordinary garden is our brain… pendapat ini adalah menurut penulis barat yg menulis buku tentang ‘ A monk that have sell his Ferarri’.lebih kurang la tajuk bukunye..penceramah tadi mengupas sikit la pasal buku ni…

so…can you see the different between western and islam? masa saya dengar jawapan tu, memang saya tak bersetuju..for me…our garden is our soul…masa tu teringat lagu mata hati  nyanyian Hijjaz

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

kenapa saya cakap hati is my garden? what is garden? analoginya mcm ni…taman adalah sesuatu yg indah…jika kita menjaganya dgn baik…cantiklah ia…kalu taman itu di depan halaman rumah kita…kalu ia cantik..hidup pun sejahtera,aman sentosa…tapi bagaimana kalu kita tak jaga? air bertakung…rumputt panjang…nyamuk pun boleh membiak…tak pasal2 kene malaria or dengue…masuk hospital…

bagaimana pula dgn hati?? terang terangan nabi Muhammad saw bersabda.”Ingatlah..di dalam jasad terdapat seketul darah…jika ianya baik maka baiklah seluruh jasad, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasad..ingatlah!itulah hati”

sambungan lagu hijjaz tadi

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

mm..jadi cuba kita renungkan….apa taman itu sebenarnya….jika taman hati kita lapang…hidup akan menjadi tenang…hati adalah raja bagi jasad…Allah swt juga berfirman “…dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang…”. betapa dalam Islam amat mementingkan soal hati… keimanan, keikhlasan, ketaqwaan…tidak datang dari akal yg waras semata2…tapi lahir dari dan jiwa tulus seorang hamba…pandangan akal selau tersalah…pandangan akal manusia sgt terbatas…ye, memang lah keistimewaan manusia yg membezakannya drpd makhluk lain adalah dikurniakan akal..tapi apa yg memandu akal jika bukan hati yg bersih, hati yg sentiasa mengingati Allah…yg sentiasa memuji Allah..

kalu dilihat secara medicalnya…hati adalah organ yg sgt penting selain jantung.

Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah atau racun. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Betapa pentingnya hati..

Jadi…apa pendapat anda? what is the most extraordinary garden that you have? fikir2kan..renung2kan…

 

wallahualam.

 

 

 

 

‘breeze’kan hati

Tergerak hati saya nak membelek2 sebuah buku yg bertajuk ‘Berguru kepada Sahabat Nabi’ karya Sayid Muhammad Nuh..teringat pulak kata2 Dr jamal…kita perlu byk membaca tentang kehidupan para sahabat..kisah mereka lengkap dengan suka mahupun duka hidup di dunia…lagipun, kata Dr jamal, sahabat 2 Rasulullah Saw digelar radhiyallahuanhu..maknanya, mendapat redha Allah ke atasnya.jd maknanya…sepanjang hidup mereka, diredhai Allah..jadi, sgt baguslah untuk kita meneladani mereka..

tertarik dengan salah satu bab dalam buku ni… SENTIASA MENYUCIKAN HATI…

mmm..first impression…terbayang..solat…baca alquran…puasa….QIAM…mmm…memang dah tahu semua ibadat ini perlu dilaksanakan…memang ini adalah cara untuk membersihkan hati…tapi…tak  semua buat…solat sunat..jarang sekali..puasa..bolehla.. Qiam??aduh..beratnya mata nk buka..semua berat bila nk bgun qiam…itulah kita..yg mengaku sebagai ummat Rasulullah saw….terfikir juga..berdosanya…mmm

saya teruskan membaca…tersentak seketika apabila membaca…”dalam satu riwayat disebutkan bahawa Rasulullah saw melakukan solat malam sampai kedua telapak kakinya bengkak kerana terlalu lama berdiri. ketika baginda ditanya tentang itu, Rasulullah saw menjawab, “Bukankah aku harus menjai HAMBA YANG BERSYUKUR”..

astaghfirullahalazim…ya allah ampunkan aku..selama ni aku tak menjadi hambaMu yg benar2 bersyukur padaMU..

lihatlah..Rasulullah saw yg ma’sum, tiada melakukan dosa pun, yg telah dijamin syurga, kekasih Allah pulak tu..tidak jemu mengabdikan diri pada Allah…tapi kita…tak tahu lagi di mana destinasi kita nanti…sama ada di dalam istana yg tersergam indah..yg mengalir di bawahnya sungai2…ataupun…singgahsana kita diperbuat daripada bara2 api yg menyala…membakar seluruh tubuh..wallahualam

mm…Ya allah..ampunkan hambaMU ini…aku gagal menjaga imanku dgn baik..aku gagal mengawal hawa nafsuku..aku terpedaya dgn bisikan syaitan…ya Allah…berilah aku kekuatan..

hawa nafsu…membisikkan pd kita untuk meninggalkan amal2 ibadah…segeralah ingatkan..memang itu lah keadaan dunia ini..perjalanannya panjang..dan segala kewajipan di dalam nya sgt berat..hanya sabardan takwalah dapat menjadi bekal perjalanan tersebut..ingatlah..”DAN ADAPUN ORANG_ORANG YANG TAKUT KEPADA ALLAH DAN MENGAWAL NAFSUNYA, MAKA SESUNGGUHNYA SYURGALAH TEMPAT TINGGALNYA”-An naaziat:40-41

semoga Allah sentiasa tetapkan hati kita di jalanNya..amin