Posted on

I’m right or wrong….

 

Tut..tut..tut..’ New message’. “Salam ja.nak ikut tak kita pergi mega.bleh jumpa dgan adik2..” begitulah bunyi mesej tu.lebih kurang la.dah delete dah mesej tu.huhhuu..

so, apalagi, bila lagi nak jumpa adik2  usrah sekolah …nak tautkan lg ukhwah yg terbina lebih kurang setahun ni..and at the same time, nak tahu la juga macam mana diorang kat luar sebenarnya.yela, kat sekolah semuanya nampak sama kalu tak kenal dgn betul..

hari sebelumya, ada seorg adik ni, HAI (bukan nama sebenar) mengajak saya untuk kuar dgn diorg..ahad ni bday dia. so hari sabtu nk nkuar la pg mega. ingat lagi kata2 dia. “Akak, nanti jumpa saya, akak mesti terkejut tak sangka”..saya tanya la, terkejut ap? dia hanya senyum dan cakap,” nanti jumpa saya baru akak tahu. ”

Mm..terfikir la sejenak dgn kata2 dia tu. Sebelumm ni dah ada sahabat yg rapat jg dgn saya dan dia ,bgth pasal

adik ni,pasal masalah dia, mcm mana dia kat luar..so saya hanya expect itula..tak payah la cakap ap ek. boleh pikir sendiri remaja sekarg ni mcm mana.lagi2 penampilan.so saya hanya fikir, mungkin dia tak bertudung la..tak menitik beratkan pasal aurat.

lebih kurang setengah jam juga tunggu adik2 ni kat mega..tgh2 tunggu tu, sempat lagi pilih2 baju..TETIBA..bahu dicuit, “kak ja!” tercari2 sape yg cuit. suara dah cam.tapi tuannya tak ade..confuse..pastu ada nampak kelibat mcm kenal, tapi betulkah orgnya..macam laki je..rupa2 nya betul la..

mmm.saya tercengang…dia dtg menghampiri..kaki sama2 melangkah ke arah satu sama lain..(chewah mcm dlm cite hindi pulak)..so senyum and salam..tapii dalam senyuman tu ada juga rasa sedih, marah, terkejut..tapi marah tu tak adala sampai increase temperature sampai kuar asap…alhamdulillah..Sabar masih dapat kawal marah tu..

Muka adik tu dah berpeluh2…perkataan pertama kuar mulut dia, “akak saya minta maaf,inilah saya” saya hanya tersenyum.=) menunggu untuk mendengar kata2 dia seterusnya..”akak saya takut nak jumpa akak. takut akak marah. akak marah ke?” dgn hampir menitiskan airmata tapi masih lagi boleh tersenyum…bertanya padanya kenapa mcm ni..terlintas di fikiran saya ni byak kekurangan dan gagal mendidik adik tu.

dan bertanya lagi,  “adik takut kat akak je?adik tak takut kat Allah?” alhamdulillah, lega bila dgr dia cakap “Takut, kak.”saya reply, “tapi kenapa pakai macam ni?” katanya, allasannya untuk protect kawan2 dia, untuk protect mak dia dan family..adik ni dah kehilangan ayahnya.jadi dia rasa bertanggungjawab untuk protect family dia.

saya bertanya,”adik lelaki ke perempuan?”

“perempuan, ” jawabnya.

“tak salah adik nak jadi perempuan yg “kasar”.tak salah kalu adik nak tunjuk pada orang yg adik ni bukan perempuan lemah.memang elok.niat adik memang baik.tapi kita sebagai perempuan, kena tunaikan hak diri kita..adik tahu,kan?”

“ye, kak.tahu”

“walaupun adik nak jadi mcm laki sekalipun, adik tetap perempuan. adik kena pakai tudung..tutup aurat” straight to the point. sebab saya tahu yg adik ni tak boleh cakap berkias.

“saya tahu, kak.saya janji ni kali terakhir saya pakai macam ni.saya janji akak.”

“akak belikan adik tudung sebagai hadiah hari jadi.”  Dia setuju =)

so pendekkan cerita, kami iaitu saya, dan 2 lg kawan jalan2 dgn dia dan kawan2nya.kawan2nya ni tak join usrah la.kawan baru, dari kelas yg baru.

kitorang cakap kat adik2 tu, kitorg ikut je dia nak pegi mana. sebab nak tahu, ap aktiviti diorg kalu kuar. saya

sempat bagitahu dia..saya bukan marah cuma sayang dia..xnak dia terus macm ni..and saya terharu sebab dia tunjukkan diri dia sebenar..bukannya hipokrit. bila jumpa saya je pakai tudung, tapi di belakang lain..”itu PLASTIK namanya” katanya. tapi saya tetap nak dia berubah.

 

MM..diorg ajak pergi karok kat dalam “karoke box” tu, yg bayar RM1 untuk satu lagu..saya dah cuak.tak pernah masuk.tak suka.fikir banyak2 kali juga la..tapi kawan saya cakap, xpe kita ikut diorg dulu.so masuklah, for the first time in my life.and i think that was the LAST.. terlintas BETUL KE AP A AKU BUAT NI??

so pilih2 la lagu..huhu..kelakar pilih lagu hindustan.so xde org yg nak nyanyi..fuh lega..and lagu kedua, pilih lagu “MENANTI DI BARZAKH”..adik tu nyanyi..saya bisik kat dia, hayati lagu ni..n nampakla kolam airmata bertakung di matanya.tapi tak melimpah lagi la. mm..

pendekkan cerita, kami pergi makan2..and adik2 usrah lain baru sampai.makan sama2.lepas makan, adik ni dgn kawan2 dia nak pergi tengok wayang cerita “KHURAFAT”. owh! dapat tahu la sekarang ap aktiviti diorg buat kalu kuar. before tu, kawan saya suruh adik2 ni pergi solat zhor dulu. diorg solat..

lepas makan2..HAI n kawan2nya pergi tgk wayang..tapi kawan lamanya,iaitu yg satu usrah dgnnya tak pergi.diorang nak pegi ke ECM.so sambil nak balik kami hantar.

on da way gerak, selepas lebih kurang 20 minit HAI masuk wayang, dia mesej.tanya akak2 kat mana..dia kuar dari wayang tu n jalan kaki dari Mega ke ECM. meninggalkan kawan2 nya yg tengah syok tgk cerita.masa tu kitorg dah sampai dekat ECM la.

terkejut and terharu..katanya, dia nak jumpa dgn akak2…berpeluh2 dia..

selepas bersalam salaman, dia kata, “akak jgn la pergi lagi.nak akak”

saya pujuk dia, xpe nanti kita akan jumpa lagi insyaallah..Adik ikutla kawan2 tu.

jadi dia ikut kawan satu usrah dia tu…sempat lagi kitorg bergambar.huhu.macam la tak leh jumpa.

on da way balik campus, dapat mesej,”akak, nanti kita kuar lagi ek. nanti akak akan jumpa saya yg lain”

Saya harap sangat adik ini berubah. Agar Allah membuka pintu hatinya.. ap terjadi padanya, ada sebab di sebalik itu. untuk mengubahnya, kita perlu tahu ap penyebabnya.dan salah satu penyebabnya adalah kurang kasih sayang…kurang perhatian…

berharap agar Allah sentiasa bg petunjuk kepadanya dan kepada saya juga untuk membimbingnya.Insyaallah..Amin

-wallahualam-

 

 

 

Advertisements

About drdakwah

Previous education: Pasti Al hidayah Sek Keb Langgar Sek Men Sains Pasir Puteh Now: Medical student of IIUM Indera Mahkota

5 responses to “I’m right or wrong….

  1. salam. patut la HAI buat statement dalam FB dia, “Akak mesti marah dengan saya kan?”. then, saya tanye, dia cakap tanye dengan ja. skang saya tau. baru nak mesej. hehe

    dia nak berubah. tapi dia akan tunjuk diri dia sebenar dulu. kalau ada org tegur dengan baik, baru dia akan berubah. inshallah dia akan berubah perlahan2. kita provide sokongan dan ilmu.

    inshallah, kalau dia berubah asbabnya adalah kita, kita akan ada saham di situ. ramai lagi yang perlu kita sentuh hati2 mereka yang kosong dengan cinta Allah. sama2la kita bekerja ye! :))

  2. shima ⋅

    salam..
    Moga Allah buka pintu hatinya ja..
    ja jadilah ‘kekasih’ dia..
    berikan perhatian dan kasih syg supaya dia rasa ada org sayangkan dia dan kite ni bersaudara 🙂

  3. Husna hazim ⋅

    Hati mereka menginginkan kebenaran..masih ada harapan..gambatte ja!

  4. Ahmad Nisfu ⋅

    xbaik ngumpat org hik hik hik

  5. Huwaida ⋅

    InsyaAllah..Ameen..moga Allah kurniakan hidayah…
    Ja, kuat deh..yda yakin ja mesti boleh wat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s