BERFIKIRLAH TENTANG NERAKA

Kalau org tanya kita, pilih antara dua, “nak masuk syurga ke nak dijauhkan dari api neraka?”

mesti kita nak pilih nikmat syurga,kan?

nikmat yang Allah bagi pada hambaNya yang taat dan beriman kepadaNya.sape tak nak kalu dikurniakan bidadari yng cantik.sape tak nak kalu ditempatkan tempat yang indah..nak ap..semua dapat.dan itulah matlamat utama kita berbuat amal..supaya diberi ganjaran pahala yang banyak,and nanti bila dihisab,timbangan akan berat sebelah kanan.Itu yg kita mahu,kan?

semua mengejar untuk mendapatkan pahala yg banyak. Derma pada yg memerlukan..tolong anak yatim…bantu saudara2  di palestin…semuanya sebab nak dapat pahala…pahala yg berganda2..

TAPI..! dalam mengejar pahala daripada Allah…kita tetap melakukan laranganNya..derma pada anak yatim..tapi solat kita tinggal..tolong saudara2 di dafur kebuluran..tapi kita tinggal puasa ramadhan..bersemangat berkobar melaungkan bantahan pd israel, tapi kita still tak berubah..still buat maksiat…anak2 luar nikah hari2 dilahirkan..ada yang dibunuh..ada yg ditinggalkan..

pergi buat charity work dirumah og2 tua…tapi ibubapa sendiri tidak dijaga…Kenapa semua ini berlaku???kerana kita jarang sekali memikirkan tentang azab Allah yg sgt besar…NERAKA…

kita angkuh mengatakan amalan kita sudah banyak…pasti timbangan amalan lg byk daripada kejahatan dan kemungkaran..kita berbangga dgn kebaikan yg kita lakukan..

tapi kita tak pernah terpikir…adakah amalan yg kita lakukan itu diterima Allah??bagaimana kalu ianya sia sia?kita sangat berbeza dgn sahabat-sahabat di zaman salafus soleh…amalan?xusah dibandingkan.jauh panggang dari api..tapi..wpun amalan mereka begitu byk..mereka hanya memikirkan takutnya dgn azab api neraka..dan mereka xmemikirkan untuk mendpat ganjaran syurga..tapi kita bagaimana?

cuba renungkan….oleh itu…sahabat2 sekalian …sentiasa hadirkanlah bayangan neraka dalam diri kita..kita tidak tahu bilakah ajal kita akan tiba…adakah dalam keadaan husnu dzon?alhamdulillah..tapi bgaimana jika penghujung hayat kita…berakhir dgn suudzon..nauzubillah..

wallahualam

Advertisements

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem…

Ramadhan is around the corner…did we realise it?

did we ready for it to come?

did we prepare to welcome it?

few days from now, ramadhan will comes…when we think about Ramadhan,absolutely we will think about Eid..

everybody are busy thinking about new baju kurung,new songkong,shoes..and the most important thing is, BISKUT RAYA..Happy right?

and even, there are some of us have already finish preparing all of these  stuff…

but…few people are also very excited to welcome ramadhan…they do not think much about that stuff…but what are they think  is about, how they will spend the times through out Ramadhan?

The Messenger of Allah addressed his companions on the last day of Sha’ban,saying ,” Oh people!A great month has come over you:a blessed month:a month in which is a night better than a thousand months”(an nasai)

thats what Rasulullah told us..There is a night which is better than a thousand month. 1 night > 1 thousand month? how far is the comparison,rite??

however, it is absolute fact…Lailatul Qadar is a night where in some people they are waiting for that every year..A nite with full of barakah..so..whats our next step?did we dont dream for it? lets we struggle together to grab this oppurtunity that we can gain only  once in a year, in this one month only.

thus, from now..we can have our kick start for that..During this remaining sya’ban, make a new azam  what to achive during Ramadhan…As Ramadhan is actually a school for Insan… and hopefully we still have chance for Ramadhan this year..Insyaallah..

Ubat 6 Resipi

ada kisah tentang seorang yang bijaksana yang ditimpa musibah.maka datanglah kawan kawannya menunjukkan keprihatinan terhadap beliau.

si bijaksana itu  pun berkata’ aku tahu ada satu ubat yang diperbuat daripada 6 resipi yang berbeza.’ kawan kawannya pun bertanya,”apa dia?” Jawabnya,

Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah.

kedua, kesedaranku bahawa semua yang berlaku sudah Allah takdirkan akan berlaku.

ketiga, sabar adalah senjata paling berkesan yang digunakan oleh orang yang mendapat ujian.

keempat, jika saya tidak sabar, saya tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah

kelima, mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk  daripada keadaan saya sekarang ini

keenam, dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka

 

jadi, dengan kisah di atas, kita dapat lihat, sesungguhnya sahabat yang bijaksana ini amat tinggi husnu dzonnya terhadap Allah.

beliau yakin bahawa pada setiap yang menimpa adalah dtg dari Allah SWT. dan beliau yakin disebalik kesusahan adanya kesenangan.

10 penipuan Israel

WARTAWAN Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.

Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.
Penipuan itu adalah:

1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.
2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.
Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.

Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.
3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.

Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.
4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.
“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.
Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.
5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.
Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.
6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.
Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.
7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.
“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.
Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.
8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.


Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.
9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.
Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.
10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.
Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya. – Agensi

Sumber: Harian Metro

ingin pulang

lagi sejam empat puluh lima minit lagi…..malam ni saya akan pulang kota bharu..yela,esok xd kelas..dah lama tak balik rumah jumpa umi n papa…jumpa nenek…jumpa adik2…aiman,mimi,aisar, n airil..RINDU…tak tertahan..

kepulangan kakak mereka yang disayangi ni, xsabar2 dinanti..

bila call umi jer..adik2 mesti tanya..bila kak nak balik?? terharu saya….

hmm….balik ni…nak buat aktiviti apa dgn adik2 yer….

hari tu dah main2 roda impian dgn adik2…aisar cemerlang sekali…memang otak dia ligat..walaupun baru tujuh tahun..

teka perkataan dalam tulisan jawi pun boleh jawab…tu yang sayang sgt kat dia…

mm…..nak buat apa yer…

kalu boleh,balik ni nak sampaikan kisah2 para anbiya kt adik2…tapi tak tahu lagi nak pendekatan macam mana..

kalu citer ajer..alamatnya..meleleh la air liur basi adik2 nanti….

moga2 allah bagi ilham pendekatan yang berkesan untuk my sister n brothers nanti…amin..

demam exam….

exam final blok 1 dah dekat..masing masing sibuk duk srudy…cadaver room penuh…semua bersemangat..yela, semua nak lulus exam ni…sape nak fail..

NAMUN….

study juga satu ibadah..kkalau betul niat..

tapi dalam musim exam ni…semua org memenuhi masa dengan study..kalu boleh,every saat tak nak miss pun study..makan anatomy…tidur physiology..mandi biochemistry..

hmm…semua jadi ulat buku…

TAPI…..

Bagaimana dengan Al Quran???? adakah sudah dilupakan???

Bagaimana dengan solat malam????adakah sudah ditinggalkan????

renungkanlah…dalam kesibukan belajar…kewajipan sebagai hambaNya wajib ditunaikan..ini untuk kebaikan kita juga…waktu inilah ….peluang untuk kita lebih mendekatiNya…memohon petunjuk dan pertolonganNya….

Renungkanlah….Allah sentiasa bersama hamba yang sentiasa mengingatiNya walau apa keadaan sekalipun…wallahualam…

KAWEN???

baru baru ni, salah seorang sahabat saya kawen..dua dua medic student and from sarawak..x terlambat lagi nak ucap selamat pengantin baru….

saya terfikir, kenapa mereka nak kawen?..
jawapan yang diberikan amat memberangsangkan..huhuhu…tertarik juge..hehe..
yang akhi tu kata…diorang kawen sebab nak jaga hati…iyela..iman kita ni ada kurang and ada naik..bila kawen..insyaallah masalah hati akan terjaga..hati tak dikotori maksiat kan..

m…jawapan akhi tu menggnggu gugat la sedikit sebanyak prinsip saya…kawen selepas belajar…

tapi pepahal pun…jodoh di tangan Allah..hanya dia yang tahu apa yang terbaik untk hambanya..

saya mohon maaf sangat tak dapat bertinta panjang kerana kesuntukan masa…

wallahualam