Posted on

Melakar Cinta Firdausi

Melakar Cinta Firdausi

SINOPSIS…

Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi. Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu. Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit.

Kehadiran e-mel yang tidak dijangka dari Naufal Mustaqim, rakan sekolah dahulu membangkit rasa rindu walaupun mereka hanya berhubung melalui dunia maya. Percintaan di antara Aima Insyirah dengan Naufal Mustaqim diuji dengan kehadiran Jeneral Ri’fail Zanki, Ketua Briged Ayyubi yang dalam diam menyimpan rasa terhadap Aima Insyirah. Percintaan mereka sekali lagi diuji oleh Allah S.W.T ketika Aima Insyirah berjaya ditangkap oleh tentera Zionist semasa hendak menyelamatkan mangsa tebusan Palestin di markas tentera Zionis.

Berpegang kepada Allah S.W.T, Aima Insyirah berjaya diselamatkan walaupun diseksa oleh tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Bak kata bidalan “sudah jodoh tidak akan ke mana”, akhirnya cinta Aima Insyirah dan Naufal Mustaqim berjaya disatukan dalam suasana meriah.

    Advertisements

    About drdakwah

    Previous education: Pasti Al hidayah Sek Keb Langgar Sek Men Sains Pasir Puteh Now: Medical student of IIUM Indera Mahkota

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s