Posted on

Program XPDC Dakwah “turun ke Lapangan”

alhamdulillah…Allah Swt telah menggerakkan hati saya dan beberapa muslimat dan muslimin warga CFS IIUM untuk mengikuti program dianjurkan JAWI dan GAMIS iaitu program XPDC dakwah Turun ke Lapangan mendekati remaja menangani gejala sosial pda 18 April 2009.

Tugas dakwah merupakan tugas yang perlu dilaksanakan oleh semua umat Islam..Ia adalah tugas Rasulullah saw..jika di dalam solat..kita sentiasa membaca doa iftitah:


Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
dan aku adalah dari golongan orang orang muslim…
Wahai sahabatku sekalian..jika kita mengaku di depan Allah swt bahawa kita adalah dari golongan Muslimin,mengapa kita membiarkan anak2 serta remaja kita yang beragama islam,terus hanyut mengikut rentak barat?
hanyut dengan dunia khayalan?
adakah tidak ada lagi perasaan sayang dan kasih sesama umat Islam?
adakah tidak ada lagi rasa ingin membantu mereka untuk kembali ke pangkalan jalan?
Sedarlah…realiti sekarang..Anak luar nikah dilahirkan setiap masa…
Sedarlah…realiti sekarang..Mat rempit dan minah rempit sudah besar kepala…siap boleh buat lagu..buat kumpulan..menyanyikan lagu tema hidup mereka dengan lirik yang tak sepatutnya…
sedarlah sekarang…dadah di jual merata rata…kepada sesiapa sahaja…tak mengenal usia…
sedarlah sekarang…arak sudah menjadi minuman harian mereka…
sedarlah sekarang…wahai sahabatku sekalian…
siapa lagi yang boleh mengembalikan remaja remaja kita..adik adik kita kepada hidup yang sebenar..
siapa lagi kalau bukan kita..
adakah anda tahu tentang Apache sereng?adakah anda tahu tentang lagu jamilah?adakah anda tahu tentang Thai song?
ntuk apa masa anda habiskan?.
terperap di dalam bilik?
Keluar membeli belah,guna wang mak ayah?
tengok filem2 yang melalaikan?
di sini, saya nak bagi kesedaran kepada sahabat sahabat sekalian,sekali sekala kita perlu tahu apakah yang berlaku di sekeliling kita..apakah yang berlaku kepada sedara sedara semuslim kita di luar sana…
Dalam program yang diikuti,kami berpeluang melihat kedan di beberapa kawasan yang bermasalah..
tintin gam yang dijumpaibotol botol arakplastik yang mengandungi gam
banyak masalah yang timbul ini berpunca daripada pengangan aqidah yang longgar..ibu bapa tidak memberi kasih sayang dan perhatian yang cukup dan sewajarnya kepada anak2..
Ada sesetengah remaja apabila di tanya tentang masalah mereka..mereka memberitahu bahawa ibi ayah tidak memberi perhatian..dia dipaksa oleh kawan2..ada yang ingin berubah tapi tidak tahu bagaimana caranya..tidak tahu kepada siapa perlu dirujuk..
Jadi, di sinilah tugas kita sebagai penyelamat agama,bangse dan negara..kita perlu mendekati mereka..kita perlu turun ke lapangan untuk melihat realiti sebenar…jka ada progaram2 sebegini,kita perlu luangkan masa untuknya..
Untuk ini..saya berdoa kepada Allah swt untuk membuka hati2 sahabat2 sekalian bersama2 kita membawa masyarakat kepada jalan Islam yang sebenar..
Firman Allah swt:



” Oleh itu berilah peringatan ( kepada umat manusia dengan ajaran al Quran),kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)” Al-A’ala:9



“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu DIAlah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalanNya dan DIAlah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah”

Wallahualam…

Advertisements

About drdakwah

Previous education: Pasti Al hidayah Sek Keb Langgar Sek Men Sains Pasir Puteh Now: Medical student of IIUM Indera Mahkota

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s