Posted on

cinta sebelum kahwin

saya terbaca pendapat ust ismail kamus tentang cinta sebelum kawen…
ini pendapatnya:

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing.

Beliau menambah, “Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar! Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?” soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. “Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira.

Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.”

bagi saya… tak timbul persoalan tentang kalau x bercinta sebelum kawen,macam mana nak kenal..
banyak cara macam mana nak kenal bakal pasangan kita.jangan jadikan Couple dulu sebagai alasan untuk bertaaruf…mengenal hati budi pasangan..
islam menganjurkan sesuatu yang sempurna…sesungguhnya MATLAMAT TIDAK PERNAH MEMBENARKAN CARA..

kalau nak bertaaruf..kita boleh bertanya tentang si dia melalui ibu bapa dan rakan rakan terdekat..tak salah buat macam ni..

cuba bayangkan,,
jika sebelum kawen, kita dah kenal peribadi dia..semua kita dah tahu…apa yang tinggal selepas kawen??
kita nak hidup dengan dia sepanjang hayat..bukan 2, 3 tahun…
biarlah bahtera perkahwinan itu belayar dengan penuh bahagia..gembira..adanya cabaran..
kerana perkahwinan itu amat suci dalam Islam..
ia tidak boleh dicemari dgn sesuatu yang haram..
jika kita sayangkan bakal anak2…jika kita sayangkan bakal keluarga..jika kita ingin lahirkan salahuddin al ayubi..jika kita ingin lahirkan muslimah solehah sebesar semangat Sumaiyah…
bentuklah keluarga dengan ajaran Islam…

kepada muslimah2 sekalian…
juallah mahal kerna insyaAllah kita akan dapat pasangan yang Mahal…

wallahualam…

Advertisements

About drdakwah

Previous education: Pasti Al hidayah Sek Keb Langgar Sek Men Sains Pasir Puteh Now: Medical student of IIUM Indera Mahkota

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s