Tahun 2010 akan tinggalkan kita beberapa jam sahaja lagi. dan tahun 2011 akan menggantikannya…dan kita tak mungkin bertemu tahun 2010 lagi…begitulah lumrah masa…ia akan pergi tapi tak kembali lagi…dan apabila ia pergi…ia semakin menjauh dari kita…
Pesanan Imam Ghazali…Suatu hari Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya..’apakah perkara yg paling dekat dengan kita?’dan pelbagai jawapan diberi…dan Imam Ghazali menjawab ;”pekara paling dekat dgn kita adalah mati”
Beliau bertanya lagi..”apakah perkara paling jauh dengan kita?” Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”.
Masa adalah harta kita yg berharga…perlu dijaga dan digunakan dgn baik..kerana…Allah swt telah bersumpah dgn masa…Demi masa! sesungguhnya manusia dalam kerugian.kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh.dan yg berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 kepada kesabaran.
setiap tahun masa berlalu…usia kita bertambah…kehidupan usia itu adalah seperti pensel… semakin diasah…semakin menyosot…semakin bertambah usia..semakin kita tua…semakin dekat dgn kematian..
hidup ini bagaikan pensel…kualitinya bukan dilihat kepada corak luaran sahaja.tapi dilihat pada kualiti karbonnya..begitulah manusia..bukan dilihat dari luaran..tapi dinilai dari hati yg bersih…iman dan taqwanya..
hidup ini bagaikan pensel…jika tersalah menulis…bisa di padam dengan pemadam yg ada di hujung pensel itu..begitulah manusia…jika membuat kesilapan…bisa dibaiki dgn kebaikan dan keampunan daripada Allah swt…
hidup ini bagaikan pensel…jika tumpul…bisa diasah…begitulah manusia…jika ada kelemahan…bisa diatasi dgn mengasah potensi diri…jika kekurangan ilmu…perlulah mencari ilmu…
hidup ini bagaikan pensel…lama kelamaan tidak dapat digunakn lagi…namun…kehidupan manusia biarlah…semakin lama hidup…semakin berguna kepada agama dan ummat sekelilingnya….
semakin lama semakin pendek masa kita untuk beribadah. kita tak tau brape panjang lagi hayat kita. moga2 sama2 kita sedar